Eyang Suro

Eyang Suro
Muhamad Masdan lahir pada 1869 di daerah Gresik (Jawa Timur). Kelak kemudian putra tertua Ki Ngabehi Soeromihardjo ini dikenal dengan dengan nama Ki Ageng Hadji Ngabehi Soerodiwirdjo (Eyang Suro).

Selasa, 01 Mei 2012

Sejarah Ezhar

Perkembangan Silat Ezhar mempunyai kaitan rapat dengan pergerakan Kesenian EZHAR. Silat ini berasal dari sebuah kampung yang bernama Banten di Jawa Barat, Indonesia. Ia diasaskan oleh Munaji bin Muhammad juga dikenali sebagai Kang Munaji. Kemudiannya, di zaman pendudukan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, Silat ini telah dibawa oleh Munaji ke Bukit Radin Mas, Tanjong Pagar, Singapura.


Setelah beliau meninggal dunia, Silat ini telah diteruskan oleh anak muridnya Jasmani bin Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Kang Jasman. Di Singapura, Jasmani telah menubuhkan kesenian kompang bagi tujuan mengisi masa lapang terutamanya selepas latihan silat. Rentak dan paluan kompang EZHAR ini diilhamkan daripada rentak dan paluan kompang yang sedia ada di Singapura pada masa itu. Zikir-zikirnya pula dipetik dari kitab Diwanul Hadrah dan kitab Berzanji.

Perkataan EZHAR adalah singkatan dari perkataan Suci / Setia Hati ( S dan H ). Dalam bahasa Indonesia S disebut Esh dan H disebut Ha. Lama-kelamaan ia disebut EZHAR. Sejak itu Silat Ezhar telah bergerak dibawah naungan Kesenian Ezhar.

Diantara anak murid Kang Jasman ialah Haji Ramli bin Haji Dawam dan Muhammad bin Khalil. Haji Ramli, kemudiannya telah membawa Kesenian EZHAR ini dari Singapura ke Kampung Sungai Duyung, Melaka oleh. Dari Melaka, kesenian ini dibawa oleh Haji Ramli ke Kampung Chendana, Kuala Lumpur, dan dari situ berkembanglah Kesenian Kompang EZHAR dan Silat Ezhar ini ke seluruh Semenanjung Malaysia.   

Lambang Persatuan merupakan perkataan EZHAR di bahagian atas, Bintang Berbucu Lima dengan Bulan Sabit yang melambangkan ugama Islam, Ugama Rasmi Negara, Daun Keladi 13 jalur melengkung di kiri dan kanan melambangkan 13 Negeri Berdaulat di dalam MALAYSIA dan juga membawa pengertian 13 Rukun Sembahyang.
Bulan Sabit, Bintang, Daun Keladi, Warna Merah, Kuning dan Hijau ; 6 perkara yang menghiasi lambang EZHAR membawa pengertian kepercayaan dengan keyakinan kepada RUKUN IMAN.

Huruf K.M.S.H yang tertulis di bahagian bawah lambang membawa makna ‘KOMPANG MELAYU SETIA HATI’.

KETERANGAN LAMBANG
EZHAR : Suci Hati / Setia Hati 
Warna Merah : Keberanian Mempersembahkan Seni
Warna Kuning : Kedaulatan Raja-Raja Melayu
 Warna Hijau : Kesuburan dan Warna Islam
Bintang Berbucu 5 : Rukun Islam dan Rukun Negara

 PEMILIHAN DAUN KELADI


1. Sebagai mana pohon ini hidup menjalar, subur dan mudah tumbuh walau dimana pun, maka harapan Pakguru dan Persatuan agar seni ini akan berkembang subur walau dimana-mana.2. Getah yang mengalir didalam pohon ini membawa kiasan ianya membawa kegatalan kepada ahli-ahli ingin mempelajari kesenian ini.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar